Saturday, August 24, 2013

pride of girls


sometimes I felt fooled by the way people get close to me.
no real differences I got.
am I that easy?
hardly believe the conjecture press me alone.
support? I don’t even know my friends do.
dip dip dip dip dip dip dip…….
reading the tick clock.
grown-up. yes iam a grown-up girl. 

Thursday, June 27, 2013

Kerja dan Kerjaya

Orang luar memandang bidang yang aku ambil dengan rasa hormat begitu juga dengan diri aku sendiri. Aku perlu hipokrit supaya dapat memenuhi apa yang orang lain anggapkan. 
Begitu juga aku memandang bidang orang lain tinggi dan jangkaan aku orang tersebut akan bersikap sedemikian. SALAH!

Aku tak salahkan perkataan 'hipokrit', semua sifat baik atau buruk perlu ada dalam diri manusia. Aku yakin! Keseimbangan itu perlu ada dalam dunia, sebab itu tuhan suruh kita biar bersederhana dalam semua perkara. tapi limitasi manusia memang sempit. kadangkala aku rasa mereka tak patut buat begitu. Aku salah! Tuhan memang nak mereka jadi begitu sebab akan ada manusia lain yang belajar dari orang yang salah. Masing-masing kata hidup adalah kitaran roda tapi masih lagi tak boleh "memaafkan dan melupakan." 

"buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali." 
kita patut buat jahat sebab kita akan belajar dari jahat kita. 
bukan aku nak mendorong orang lain ke arah kejahatan tapi aku nak menekankan tentang keseimbangan dalam hidup manusia. Walau baik mana manusia dia tetap ada salah. 

Pelbagai kata-kata positif wujud dekat dunia, tapi yang paling akan kita tak boleh lupa benda yang negatif. Sebab manusia ini tamak, memang nak kesempurnaan. aku tak salahkan manusia kalau dia cakap belakang pasal orang lain. dia ada hak. 
"Hak manusia untuk memilih"

Nukilan rasa marah.

Thursday, May 23, 2013

Panggilan

Pada suatu hari, tiba-tiba rakan seperjuangan bercakap sesuatu
"Tahu tak kenapa si polan tak suka dengan lelaki lembut, sebab dulu dia lelaki lembut tetapi disebabkan dia berkawan dengan kawan-kawan dia yang sekarang ni baru dia keras sikit"

Jauh termenung berfikir, timbul pemikiran seseorang itu membenci seseorang disebabkan oleh "sifat/sikap yang dimiliki individu berkenaan sama dengan sikap yang sekarang atau sikap yang terdahulu". 


                                      Law of Attraction:

the good you give, the good you get
the bad you give, the bad you get

Kesembuhan keseluruhan apabila mudah memaafkan dan melupakan apa yang terjadi. fakta realiti membawa konflik dalam diri. 

Hari Gelap

Dear day,
Petanda kegelapan kehidupan seseorang bermula dengan hati.
Aliran darah tidak seimbang, jiwa kusut menjadi sakit.
kepala pening berfikir banyak.
tafsiran diri penilai kewajaran
terikat hidup dengan duniawi
kenal diri baik untuk siapa
mereka hebat bicara dan menilai
munasabah menjadi penawar dosa kendiri
tolong jantung maafkan diri
tolong hati maafkan diri
tolong mulut maafkan diri
tolong badan maafkan diri
tolong kaki maafkan diri
tolong tangan maafkan diri
tolong mata maafkan diri
tolong telinga maafkan diri
tolong hidung maafkan diri
tolong perut maafkan diri

Wednesday, March 27, 2013

loggokan amarah

Petikan ramlee awang murshid penulis novel thriller yang terkenal 
"apa yang terfikir pasti ada"
aku bercerita menjadi tarikan seperti alam fantasi novel yang terus diadaptasi menjadi filem aksi. teringat pada zaman kanak-kanak yang berimaginasi tanpa batasan. menitikberatkan perkara-perkara yang remeh hingga menjadi igauan di siang hari. bagaimana pula imaginasi tatkala bergelar dewasa? jauh menusuk atau menidak mengikut realiti . pelik pula apa perkaitan tajuk entry dan ayat di atas?
amarah timbul bila perasaan atau pemikiran yang terpendam sekian lama. perbalahan itu seringkali berlaku dalam dunia kehidupan kini. 
"dalam dunia manusia ada binatang,
 tetapi dalam dunia binatang tiada manusia" 
"manusia suka berbuat kerosakan"
bertentangan pendapat menjurus kepada perbalahan hakiki namun jika kemaafan diberi serta dipohon pasti beroleh kebaikan. 
"bukan senang nak jadi senang, buka susah nak jadi susah". 
"biar senang didekati, jangan mudah didapati"
"kata-kata hikmah mudah diluahkan, namun perlaksanaan amat sukar sekali dipandangan"