Sunday, October 31, 2010
cLumSy? yeaH it'S me
Saturday, October 30, 2010
saYa suDah beSar
kelakar teringat zaman kanak-kanak dulu. main nak basikal pusing satu taman, main baseball, main nyorok-nyorok, main tuk belalang. hahaha~
fikir semula bila dah besar, buat apa main permainan yang macam itu. memang tak seronok. tapi itu hakikat tak boleh ubah. kanak-kanak memang suka permainan yang nampak macam tak logik bagi orang yang dewasa.
balik dari sekolah terus tukar baju uniform, lepas itu keluar cari kawan nak bermain. hahaha
pernah sekali kena rotan dengan ayah sebab terlalu seronok bermain.
tapi itu semua dahulu, kini sudah besar kalau main macam itu orang akan cakap pelik tak pun gila.hahaha
Thursday, October 28, 2010
maKin boSan
semalam seharian berada dalam bilik mengadap laptop melayan variety show. hahaha. dah jadi addict pula. makan pula tak tentu tapi yang pasti makan juga. hahaha
fikir-fikir balik macam ada perkara yang terlupa. hmm, tapi endah tak endah juga.
cerita pasal variety show semalam teringat cerita ayah pin.
ingat dekat malaysia yang ada ajaran sesat dekat korea pun sama. memang gerun melihat sesuatu perkara yang kurang bermoral. melakukan pemujaan yang pelik-pelik. memang sudah akhir zaman.
nak cerita perjalanan seharian? hahaha..itu sahaja cerita yang menarik bangun pagi, o9, tidur, bangun, o9, tidur, bangun, o9,tidur, bangun, o9....
Monday, October 25, 2010
evenT vs dRama
kelakar sangat-sangat. makhluk ini mencari kerja hampir separuh gila kemudian mengadu tentang kesakitan walhal sendiri sudah pasti kesannya. dia perlu di konfrontasi namun saya tidak layak kerana dia terlalu manipulatif dan ego defense yang tinggi.
saya tidak sempurna tapi normal, dia berdrama membuatkan manusia sekelilingnya beremosi. dia tidak sedar atau berpura-pura tidak sedar. hahaha~saya memang kurang pasti.
kasihan manusia yang menjadi mangsa berdepan persembahan layar operanya. menjadi luka dalam menyakitkan hati dan jiwa. profesional hanya bila dapat membezakan emosi dengan kerja.
bercerita seolah bukan dia yang bersalah memanipulasi kejadian sebenar. salah dia atau salah sekeliling yang tidak membantu.
bila akan sedar?walahualam~
Tuesday, October 19, 2010
KeNaPa aKu nI
merah membara memarahi diri sendiri. saya tidak tahu samada benar tertekan.
namun kenyataan jiwa dan otak saya sudah kosong. ramai rakan sudah pasti sibuk menelaah, saya terkial-kial mencari arah.
peperiksaan bercampur dengan pembentangan. mungkin tertekan tapi kepala saya tak berat. cuma yang saya boleh ungkapkan adalah KOSONG.
p/s: emosi digangu berkali-kali.
Monday, October 18, 2010
pRime miNi$teR oF minD
tik tok tik tok. masa berlalu dengan pantas. bergerak tanpa menghiraukan sekeliling.
bersenam pagi tadi hanya dalam blok. buat macam mana? turun naik tangga sampai 5 kali.
habis, terus termengah-mengah ingatkan kalau berlari di track sahaja yang penat. sangkaan meleset rupanya.
peperiksaan petang ini jam 2. berdebar tak tapi keliru. entah apa-apa.
tak sabar nak berlalu semua ini. say goodbye 2010 and welc0me 2011.
keletah saya memang tak boleh faham apatah lagi diri sendiri.
bersenam pagi tadi hanya dalam blok. buat macam mana? turun naik tangga sampai 5 kali.
habis, terus termengah-mengah ingatkan kalau berlari di track sahaja yang penat. sangkaan meleset rupanya.
peperiksaan petang ini jam 2. berdebar tak tapi keliru. entah apa-apa.
tak sabar nak berlalu semua ini. say goodbye 2010 and welc0me 2011.
keletah saya memang tak boleh faham apatah lagi diri sendiri.
Sunday, October 17, 2010
thanks for c0minG
jemputan yang pelik. peperiksaan akhir tiba untuk keesokannya. menunggu kelas sambil mendengar celoteh rakan seperjuangan. bercerita tantang diet..
rasa bagaikan keterlaluan untuk menghadapi peperiksaan akhir yang berterusan. minda sudah semakin serabut.
saya duduk mengadap komputer untuk download video tapi ada masalah yang muncul. letih pagi tadi masih belum hilang namun otak masih segar.
owh tolong~keyakinan untuk menghampiri.
Friday, October 15, 2010
CAKNA O PICNA?
bangun awal, sangka sudah lambat rupanya paling awal. buat pengumuman sampai 4 kali sebab peserta yang tak daftar-daftar lagi. memang pening dengar suara yang berulang tapi apakan daya sudah tanggungjawab yang diberi.
keadaan disana memang menarik tapi keletihan di sebabakan cuaca kampung berhampiran pantai. muka sudah terbakar kandungan air yang sepatutnya 80% berkurang ke tahap paling minima. kelakar sangat-sangat. terima kasih untuk pengalaman ini. saya si gila kamera!!
p/s:sori pija tak dapat letak pic o9 dekat cc...huhuhu~
keTandusan fiZikal, tidaK pada meNtaL
bukan sudah menjadi cacat, namun keletihan yang teramat pagi ini terasa ingin bercerita. bayangkan buat pertama kali berjogging (tak juga banyak berjalan) sampai ke laluan lapangan terbang.
pulang ke bilik mengandaikan untuk menyiapkan tugasan. bagaimana hendak dibuat syaitan bertanduk semakin tinggi. jadi berhenti seketika untuk melawan dengan bercerita sedikit.
tekanan peperiksaan menjadi-jadi~ |
Thursday, October 14, 2010
u'r abnormal beauty
bangun pagi, gosok gigi, pergi jogging dengan pija,
jogging lama ke fpe, sampai kejang di kaki. nyayian merdu dari saya.
balik bilik ingat nak study untuk ujian. last-last mengadap laptop online. kekeke~
mati-mati ingat ujian susah yang amat. tahu-tahu ciput soalannya. lecture masuk lewat sebab apa?
kelas kedua ada presentation. konon fokus tapi bosan yang teramat!!
kepala hampir rasa bingung. tapi control juga.
final next week!! memang gila~
Wednesday, October 13, 2010
habis semua
sesi yang baru selesai pada petang tadi membuahkan keriangan dalam hati. lama tidak bercerita jadi kaku pula. kisah yang lalu penuh dengan tanda tanya apabila dilakari oleh kisah-kisah saya sebagai pelajar. sengaja berpura-pura untuk menjadi yang terbaik walhal diri sendiri sudh tunggang terbalik.kekekeke~
beramai-ramai ketawa kerana ujian sudah tiba dan peperiksaan akhir muncul pada minggu depan. kepala saya? sudah pasti semakin berat bukan dipenuhi ilmu pengetahuan tapi tekanan biasa ketibaan peperiksaan.
Monday, October 11, 2010
Friday, October 8, 2010
breakthrough
what's the hell in your mind!!!!!
ayat kasar tercipta saat minda dalam keadaan serabut. layar opera dipersembahkan dengan menyakitkan hati. bukan tidak tahu tapi mungkin sengaja protes diri.
mengajar namun melakukan apa yang diajar!!!
salah diri atau salah situasi? dia buat saya penat. penat dengan dunia. penat dengan telatah. penat dengan kata-kata.
betulkan saya seandai makin jauh menyimpang dari jalan. masa masih bergerak pantas tanpa menghiraukan lakonan-lakonan manusia. mungkin sudah muak. saya apatah lagi.
menunggu tarikh 11/11 berjalan pulang merindui ayah dan ibu. panggilan ibunda di awal pagi menyatakan teringat pada anaknya membuatkan jiwa makin memberontak.ingin lepaskan semua layar opera ini kembali tenang seketika sebelum memulakan kembali.
ayat kasar tercipta saat minda dalam keadaan serabut. layar opera dipersembahkan dengan menyakitkan hati. bukan tidak tahu tapi mungkin sengaja protes diri.
mengajar namun melakukan apa yang diajar!!!
salah diri atau salah situasi? dia buat saya penat. penat dengan dunia. penat dengan telatah. penat dengan kata-kata.
betulkan saya seandai makin jauh menyimpang dari jalan. masa masih bergerak pantas tanpa menghiraukan lakonan-lakonan manusia. mungkin sudah muak. saya apatah lagi.
menunggu tarikh 11/11 berjalan pulang merindui ayah dan ibu. panggilan ibunda di awal pagi menyatakan teringat pada anaknya membuatkan jiwa makin memberontak.ingin lepaskan semua layar opera ini kembali tenang seketika sebelum memulakan kembali.
"if i ever feel better"
Wednesday, October 6, 2010
K-I-A-R-A
tak terfikir untuk terlibat dalam program ini. tapi tak tahu tiba-tiba mudah pula terhasut dengan rakan yang mengajak. hahaha~
dengan bayaran yang rm10 (berpatutan kot)
bangun seawal subuh untuk bersiap-siap pergi ke dsm.
sangat tak sangka selalunya pergi apa-apa program mesti mengantuk. kali ini tak terlelap langsung. memang mengejutkan. hahaha~
masa kemuncak pukul 2petang kemunculan en. kamal affendy dan ustazah (lupa pula nama dia) yang menceriakan suasana yang kebiasaannya mengantuk bagi setiap peserta program.
kata-kata yang bernas dan nasihat membuatkan saya teruja serta telatah mereka diatas pentas sebagai panel.
tamat jam 5petang (anggaran sahaja) dalam keadaan yang puas hati dan gembira.
snap by auntie2..kekeke |
Tuesday, October 5, 2010
blind side
tiba-tiba teringat perkataan itu. cerita yang telah dipromosikan oleh rakan saya. perjalanan cerita nampak biasa namun pengajaran yang mendalam membuatkan saya terfikir mengenainya. kadangkala perkara biasa yang membuatkan kita tabah untuk terus menghadapinya.
mungkin ada orang yang tidak pasti matlamat dalam hidup namun jika bernasib baik bertemu dengan orang yang dapat memimpin pasti akan timbul satu perjalanan hidup yang kukuh.
manusia kini hanya berkata prinsip, matlamat, integriti diri dan sebagainya namun nilai tidak di terapkan dalam kehidupan seharian.
semua tidak sempurna namun perlunya mencuba untuk sempurna.
Friday, October 1, 2010
hurt me
lebih merah maka menyala dengan kuat, nampak biru masih panas juga, bukan tenang tapi membara dalam diam.
tanda keletihan teserlah namun senyuman masih muncul.
ini bukan cerita saya, namun cerita manusia sekeliling yang sakit namun masih mampu bergelak dalam dunia realiti.
saya kagum, dia tabah, dia berani, dia hebat, dia tenang, dia ceria.
saya?masih tak pasti siapa diri kenapa?mengapa?bila?bagaimana?
Subscribe to:
Posts (Atom)