Hmm..terkejut juga tiba-tiba nak cerita tentang lelaki. fall in love? bukan!. secret admire? bukan!. cerita tentang hal kahwin. abang aku nak kahwin hujung minggu ni. orang luar semua cakap "seronok kau dapat kakak ipar" excited ke? taklah aku alu-alukan kehadiran cuma aku rasa macam biasa saja. kesian abang aku kena buat hantaran sendiri cuma kadang-kadang kakak aku yang tolong.
Entah! mungkin aku rasa macam benda ni tak important bagi aku.
macam biasa aku jalani kehidupan seharian walaupun kenduri makin hampir.hohoho.
Kakak aku orang yang paling semangat siap suruh parents aku datang ipoh nak pergi cari baju sedondon untuk ke kenduri. aku macam biasa...Layan jelah..
Hope berjalan lancar walaupun aku takda tolong apa..hehehe
Friday, July 8, 2011
UmuR = FiziKaL = Tak SaMa?
Hari- hari cerita yang nak dibuka tentang footpatch memang tak habis sehingga kesan penggunaan tak nampak.
pelik memang pelik. testimoni dari ....(nama dirahsiakan) mengatakan berat badan boleh berkurangan setelah 10 hari berturut-turut pakai.hoho..memang tak pakai lagi sampai 10 malam berturut-turut cuma sudah selama 7 malam (takdalah berturut ada selang sehari sebab kehabisan stok..hehe). footpatch yang dipakai menjadi hitam berlendir. banyak sangat toksin dalam badan?hoho
kata makcik kedai sebelah tempat aku bekerja aku dah macam orang tua. maklum la bila berdiri lama aku tak tahan kena cari kerusi untuk duduk.
hmmm..mungkin umur saja dalam 20-an tapi badan sudah 50-an.hahaha=P
apa nak kisah zaman sekarang orang muda memang ramai sudah macam orang tua.ish3..
Wednesday, July 6, 2011
Toxic aTTacK!!
Flashback:
(Dua orang pekerja dari kedai yang berlainan bersembang untuk menghilangkan kebosanan)
Pekerja Sini: (sedang bersembang tiba-tiba terlihat footpatch yang tergantung di dinding) Akak hari tu akak beli footpatch. ok tak?
Pekerja Sini: Eih, saya nak cuba la mane tau boleh hilang rasa sakit-sakit badan ni. saya nak cuba 2 paket dulu.
Pekerja Sini: Akak footpatch tu saya beli semua ya.
(Dua orang pekerja dari kedai yang berlainan bersembang untuk menghilangkan kebosanan)
Pekerja Sini: (sedang bersembang tiba-tiba terlihat footpatch yang tergantung di dinding) Akak hari tu akak beli footpatch. ok tak?
Pekerja Sana: Owh, ok. rasa ringan sikit badan.
Pekerja Sini: Betul ke keluar toksin?Pekerja Sana: A'ah. Benda tu jadi warna hitam berair hari first akak pakai. lepas tu dah tiga malam akak pakai makin berkurang la. daripada penuh hitamnya tinggal separuh je lepas tu.
1 minggu kemudian!!
(Akhirnya banyak duit gaji yang baru aku dapat melayang sebab nak sihat..huhu)
Tuesday, July 5, 2011
SHORTHAIR
rimas!rimas!rimas!hari-hari asyik merunggut rambut yang panjang. sudah bekerja di kedai asyik berpeluh bagai hujan yang turun..lenjun satu badan!!!
kental hari isnin nak pergi kedai gunting rambut. namun hasrat terkubur sebab tukang gunting sudah balik rumah. hajat nak bagi untung tuan kedai gunting rambut tak kesampaian.
namun usaha tangga kejayaan. dengan kesabaran yang tinggi pergi semula ke kedai gunting keesokan hari. Alhamdullilah...nasib menyebelahi.(padahal sudah telefon tuan kedai awal-awal..siap bagi warning jangan tutup awal!)
akhirnya!!!rambut sudah pendek..hahah..(riang sangat walhal menangis dalam hati sayang rambut panjang!,huhuhu)
pandai tuan kedai sedap hati pelanggan cakap bila potong rambut macam barbie doll konon..tak apa janji sekarang riang hati sebab dapat tunai hasrat..
kental hari isnin nak pergi kedai gunting rambut. namun hasrat terkubur sebab tukang gunting sudah balik rumah. hajat nak bagi untung tuan kedai gunting rambut tak kesampaian.namun usaha tangga kejayaan. dengan kesabaran yang tinggi pergi semula ke kedai gunting keesokan hari. Alhamdullilah...nasib menyebelahi.(padahal sudah telefon tuan kedai awal-awal..siap bagi warning jangan tutup awal!)
akhirnya!!!rambut sudah pendek..hahah..(riang sangat walhal menangis dalam hati sayang rambut panjang!,huhuhu)
pandai tuan kedai sedap hati pelanggan cakap bila potong rambut macam barbie doll konon..tak apa janji sekarang riang hati sebab dapat tunai hasrat..
Saturday, July 2, 2011
Piggy Bank
Gaji dua bulan sudah dapat padahal kerja tak cukup dua bulan pun. Akhirnya bertambah jua digit nombor dalam akaun. hahaha. girang gembira dalam hati. Banyak hajat yang nak dikecapi. fuh~ dalam kepala sudah di catu-catu wang untuk kehendak diri sendiri.impian pertama sudah pasti memperolehi external baru sebab sudah ketandusan ruang dalam laptop untuk cerita-cerita baru.
malam ini saat untuk berjoli, harus mengingatkan diri untuk membayar hutang lama. tapi kena bayar separuh dulu. hehehe.
minggu depan ke kedai gunting menggunting rambut yang semakin rosak. lagipun ingin mencuba service baru pula.
Subscribe to:
Posts (Atom)

