Sunday, March 11, 2012

serius malu!

lepas mandi makan, lepas makan mandi. sudah jadi rutin pula. nampat tempat menarik untuk bergambar maut.huh.memang ketagih berjalan.
"awak, nanti kita tangkap gambar dekat tangga ya."
"tangga?"
"dekat situ"sambil tunjuk arah.
"awak, itu jambatan la"
sumpah, memang malu tahap cipan.
jadi bahan la aku seminggu dua ni.

Wednesday, March 7, 2012

kau kena maki!


Tahun 2008, hari girang untuk tidur di hujung minggu. untuk budak-budak, seronok dapat main dengan lama. untuk orang tua boleh luang masa dengan keluar. untuk budak asrama , apa lagi tidur la.
namun kegirangan diragut oleh panggilan telefon
trut..trut..trut..
telefon diangkat.
“weh, ko memang perempuan sial lah, tak tahu malu, menyibuk.apasal kau kacau hidup aku dan gf aku. bodoh!kalau berani meh datang jumpa aku. kalau aku jumpa kau, tahulah aku kerjakan.kenapa kau sibuk nak ganggu rumahtangga orang lain hah. memang perempuan macam kau ni sial lah.”
glup..
apa salah aku!
“weh, pehal ni. kau sape. tiba-tiba telefon maki aku. aku tak pernah kacau kau pun. aku tak kenal kau pun.”
“owh.yeke.sory lah salah orang pula”
huh!wtf!.aku tak boleh tidur lepas kena maki.

Sunday, March 4, 2012

3days in prison room

masih memegang rekod antara rakan-rakan yang lain, insan yang terperap dalam bilik. memang terbaik.
bangun  awal pagi solat subuh, kemudian terus melayan internet tak henti, bila bosan berhenti, pergi tidur, kemudian bangun semula membuat aktiviti yang sama hingga ke hari akhir cuti.
mesti membebel rakan-rakan lain."kau memang suka duduk terperap dalam bilik ye","apalah yang kau buat, tak bosan ke","entah kau nampak cahaya matahari ke tak terperap dalam bilik tu", "dia memang suka duduk dalam gua tu","betapa kau dalam bilik, makan apa"
bebelan yang bakal menghibur hati aku esok hari.
p/s:bersedia untuk menadah telinga.

Saturday, March 3, 2012

mars&venus

lelaki = pendiam, perempuan = bising
lelaki = tenang, perempuan = kelam kabut
lelaki = gatal, perempuan = setia
lelaki = suka gadget, perempuan = suka bersolek
lelaki = bertindak ikut fikiran, perempuan = bertindak ikut emosi

Perbezaan yang dicipta oleh manusia bertentang dengan realiti hari ini. kira zaman moden dan serba canggih sekarang ini, mahu semua perkara digunakan konsep samarata. sekecil-kecil isu hingga sebesar-besar isu perlu diiktiraf semula.
baiklah, perbandingan serta ayat diatas memang lari dari kandungan yang hendak dicerita. kadangkala aku marah sangat-sangat dengan perempuan yang beremosi terlebih tapi bila rasa marah muncul, aku mula positif semula pemikiran. dalam hati kata "mungkin aku tak alami lagi kot"

namun!aku muak dengan kata-kata yang sering diringi dengan pemikiran yang tak rasional mereka.

Aku tak kisah jika perempuan beremosi terlebih ini tak sedar silap mereka.sekurangnya mereka belum nampak apa sebenar dalam pemikiran mereka. Tapi yang paling bikin panas, bila insight sudah ada namun masih dengan perangai yang dahulu. kemudian minta pandangan dekat aku. wth? pasti yang lebih panas semua apa aku cakap "dipangkah-pangkah!!"(guna perkataan hiperbola nak tunjuk emosi aku pula)

(maaf, baik aku cool balik) memang manusia itu berbeza, namun dengan berbeza bukan bermaksud kita kena buat ikut kepala otak kita. walaupun ada orang kata "dunia ini kecil je" tapi yang hidup dekat dunia kecil ini beratus juta. maksud aku, bila kau nak orang fikir perasaan kau, cuba kau fikir semula perasaan orang lain juga. 
memang kadangkala kau rasa macam semua benda jadi dekat kau tak adil tapi kau kena ingat bukan semua perkara dekat dunia ini hak milik kau.

kdt pada; itslifenotes

"You are braver than you believe, stronger than you seem, smarter than you think, and loved more than you know"

"The only things that could ever stop you from achieving your goals are doubt and yourself"

"Don’t waste your tears crying over someone who doesn’t even deserve to see you smile"

"I am stronger because I know my weaknesses. I am wise because I know I've been foolish. I laugh because I've known sadness"

"A relationship with God is the most important relationship you can have. Embrace it every day"

Friday, March 2, 2012

i'm reading






two book has passed.owh.i'm really love it right now.that's not me but this what i want to become.