Sunday, March 20, 2011

ABSENT

$aya bertekad untuk tidak pergi ke kelas pada petang hari ini. gara-gara verbatim yang belum lagi dapat disiapkan dengan sempurna. alangkah terkejutnya apabila rakan-rakan mengatakan bahawa tugasan tersebut dilanjutkan sehingga minggu depan. pergh!!!!!!!!!!!!!! MEMBARA HATI INI.


Ingatkan tak hadir kelas hari ini berbaloi, namun tuhan nak uji bahawa perlakuan tersebut salah. Akhirnya saya telah kosongkan markah ujian saya dan tak memperolehi walau sekelumit ilmu.
Memang sekarang kalau kita buat silap, semua balasan diberi tunai kepada kita.

Menyesal! tidak  namun kecewa dengan diri yang tak mampu uruskan diri sendiri.
padan muka sahaja yang dapat diberi.
Walaupun begitu, malam ini saya dapat online sepenuhnya setelah dua minggu tak dapat meluahkan rasa dalam blog.hehehe~

berbaloi ke atau tak. hahaha. terpulang pada andaian masing-masing.
ulangkaji untuk ujian pada hari rabu ini. BERUSAHA!!!!!
Entah dapat jawab atau tidak. takut jadi macam ni:

Wednesday, March 2, 2011

sTalker

Rajin baca blog orang memang seronok banyak cerita yang kadang-kadang tak dijangka. bukan untuk dinilai cuma sekadar pengetahuan umum. kelakar, kesian, sedih, tak masuk akal dll. saya rajin membaca blog mereka namun saya tidak suka meletakkan 'KOMEN'. kenapa? kadangkala bukan semua orang boleh menerima apa yang diceritakan untuk dinilai. 
disini diukir kata-kata hati individu yang mempunyai pelbagai ragam, personaliti, tingkahlaku dll.
adakah anda macam ini?hehe
Penyataan yang menyakinkan lagi "manusia itu semua unik" tak ada yang sama hingga cap ibu jari juga berlainan bagi berjuta2 manusia yang wujud di muka bumi ini.
jangan terapkan nilai diri pada semua situasi kerana bukan semua perkara yang kita hadapi adalah sama.
yakin pada diri, tahu apa yang diingini, kenali diri sendiri lebih baik kerana diri kita kita adalah penentu masa depan.
Hidup bukan selama jadi amal apa yang baik, tinggal apa yang buruk.
walau rakan-rakan blog rasa saya kurang komen' jangan risau saya tetap mengikuti perkembangan=)

Monday, February 28, 2011

Jaga mata, Jaga hati, Jaga badan & Jaga minda

P erhatikan sekeliling kita apa yang dapat lihat. ada yang pelik ada yang benda sama sahaja. hari ini buat satu ujian utuk menggambarkan saya pada minggu lalu. nyata ingat diri ini sentiasa normal namun satu kejutan saya mengalami anxiety/ kegelisahan.

B etul atau tidak saya tak pasti namun simptom-simptom yang dikatakan memang bersesuaian dengan diri saya. jenuh fikirkan apa yang membuatkan saya gelisah dan resah.

P ening memikirkan tidak membawa apa-apa. kemungkinan menjadi seorang pelajar menjadikan saya tak dapat mengagak. mungkin personaliti yang suka berfikir membuatkan saya terhimpit dengan kenyataan dan khayalan.
M ahu bangkit namun mahu dicapai tangan siapa!! usah harap pada diri lain sedangkan mampu atasi.
arghhhhhhhhhh..pelik2.. 

Thursday, February 24, 2011

PILIH AKU! PILIH AKU!

Tajuk cerita nampak macam pelik. nak promosi diri ke? atau nak jadi terkenal? tak pun untuk kenaikan pangkat dalam agm nanti...jawapannya teeeeeeeeeeeeet!!!!!!!!!!!!!!! SALAH~
Cerita Pilihanraya Kampus. aku bangun agak lewat sebab letih malam semalam perjumpaan tak hilang. maklum lah tidur nak kena cukup 8 jam baru jadi warga remaja yang sihat. hehehe. kemudian bersiap-siap hendak pergi ke kelas pukul 2. sebelum pergi singgah bilik rakan, mereka buka cerita mengenai penat beratur tak tahu pilih siapa calon dan sebagainya.
DANG!!!! baru aku ingat HARI MENGUNDI!!!
dengan selamba aku cakap aku tak pergi mengundi lagi, kalau nak pergi pun rasa malas sebab nak dekat waktu kelas.
Apa lagi kena membebel aku dengan rakan-rakan. kata mereka "kita kena sokong budak2 kos kita, martabatkan nama kos_________ni."
ada yang kata "satu undi tu pun penting".
aku sengaja panaskan lagi hati mereka dengan ayat ni ". tapi aku tahun lepas pun tak mengundi". memang makin membara mereka mendengarnya.kata mereka
 "Ya Allah, teruk betul macam mana jadi warga u ni."hahaha~
Teruk betul ada warga universiti macam aku ni memang tak ambil peduli pasal pilihanraya sebab aku tak berminat dengan cerita kuasa-kuasa & pangkat sebab niat aku bukan untuk perkara-perkara macam itu sepanjang aku di universiti.
Bukan nak kata tak ambil peduli langsung,kalau tak aku tak sertai kelab-kelab yang ada dan siap boleh jadi s/u padal kerja tak seberapa juga.hehehe
akhir cerita, aku pergi mengundi dengan desakan-desakan rakan-rakan aku.
memang agak berangin juga hati aku dengar mereka membebel
tapi nak buat macam mana..
"KAWAN PUNYA PASAL"

Thursday, February 17, 2011

iT's mY mi$TaKe

Baik dan buruk, manis dan pahit pengalaman berlaku.
kritikan demi kritikan diri dilemparkan pada diri ini.
'saya tak faham awak' sedangkan diri sendiri lagi kecelaruan.
bagus sekiranya boleh guna google translate untuk masalah diri ini..






















Nanti timbul pula nanti masalah lain pula, jika semua tertumpu nanti line internet makin sesak.
masalah jiwa atau mental timbul sebab line pula.ish33x
mahu kasihan pada diri, namun perasaan merana pula makin timbul.