Tuesday, February 28, 2012

one big step

huh.something good come up. i totally crave for it. because the introduction of this, i would said i'm in love with new side of me.haha.really suprise to me. what i've done.yet what i really think. no offense. i just felt like this. is the ways i've done before. so there!good morning.

Sunday, February 26, 2012

soul of faith

"Being single is a good feeling, no drama or heartaches. On the other hand, it gets lonely and you miss that feeling of being taken."
kdt: http://www.singlequotes.net/



seriously, i lost a part of myself to somebody else.who's?
neither i know it.


"Single, doesn't mean that you know nothing about love. Sometimes, being solo is wiser than being in a false relationship"
kdt: http://www.singlequotes.net/


so guys.dont take down what i said.i'm just your single friend. 

Friday, February 24, 2012

mate

Semestar baru dengan keputusan baru, pensyarah baru, kelas baru tapi rakan sekelas yang sama. haha. masih bersyukur bersama. pensyarah baru kali ini memang masing-masing unik tak pasti samada sebab mereka belajar di oversea atau sebab sudah dapat pangkat dr.tak kisah.
pensyarah subjek psikologi sosial sangat comel. sedang belajar dipinta kami tulis tiga ciri pasangan idaman di kertas dan hantar kepadanya. what the hell?suddenly pula.
beliau membaca secara random dan membuat kesimpulan:
"lelaki sering memilih pasangan dengan melihat fizikal, manakala perempuan memilih pasangan dengan melihat personaliti".
owh!baru aku tersedar perkara itu.hmm.
tapi aku juga lihat fizikal but not in top 3.

i'm a reader

Aku tak lagi tapi baru nak mula. gara-gara baucar yang masih tak diketahui arah tuju penyaluran. 
pasti sudah bagus sebab ada rakan kaki membaca. thank her~aku mula berminat membaca novel. lebih mengejutkan adalah novel inggeris. i'm english woman.haha.(serius perasan!)
kira bagus sebab tak guna untuk beli benda yang bukan-bukan. one of my roomates friend just bought a guitar.(huh!what the heck!). tahu main tak mengapa berbaloi tapi kata rakan sebilik baru mula untuk belajar bermain. owh.suddenly i care.her voucher,right!
membazir pada benda yang sepatutnya.

"THE CATCHER IN THE RYE"
Novel pertama aku baca sampai habis. secara terus terang. i cant get why my friend tell its a good book.
maybe because i'm not fully a english woman.hahaha.
start with a boy get kicked from a school and his ended journey.
aku malas membuat sipnosis disini. sila beli sendiri kerana aku cuba menjaga hakcipta terpelihara penulis buku.haha.(konon sahaja)
tapi tak mengapa sebab aku baru mula.

p/s:ingin bertanya dengan lebih mendalam tentang cerita buku ini pada rakan dalam kelas nanti.

Thursday, February 23, 2012

Tikam Menikam Ditikam

Sakit sudah pasti namun hanya mampu bertahan denggan karenah duniawi. terjaga mimpi melihat kegalauan umat manusia berceloteh tanpa mengira pandangan atau persepsi orang lain. Hakikat manusia memang begitu.  Sekalian! jangan memandang remeh tentang seseorang jika belum mengenali, jangan ada rasa benci bila belum bersua kerana sudah pasti ada sebab yang ditetapkan Allah s.w.t terjadi kisah pahit itu.

Wednesday, February 22, 2012

Admit!

Orang yang kuat juga banyak melakukan kesilapan dengan orang yang lemah NAMUN orang yang kuat mengaku salah mereka, ketawa mengenainya dan belajar daripadanya.
kdt:to the owner
aku takut darah, aku takut nak bercinta, aku takut nak bertanya pada pensyarah masa kuliah, kadang-kadang aku takut sendiri, aku penting diri, aku malas nak tolong orang, aku suka mengumpat, aku cepat terasa, aku mudah menangis, aku...aku...aku
(kalau post dekat entry dikira orang kuat juga tak?) 

Monday, February 20, 2012

Tangan si penakut

Pengakuan berani hadir bersama kenyataan untuk pertahankan diri. merujuk pada tarikh 17 febuari 2012 niat murni untuk mengatasi ketakutan dicucuk jarum untuk menderma darah. 
Sangat tak memuaskan bila perasaan berbelah bahagi serta debaran ketakutan bertambah menjadi kekacauan dalam jiwa kerana jururawat yang menakutkan dengan kata-kata mereka. hampeh!
memberontak juga dikategori dalam golongan penakut. namun eksperesi muka tak terkawal.huh!
aku memang sedang mengeluh ketika menulis ini.

spirit oh spirit.

Kembali awal semestar tak tak sabar bertemu bersama rakan. walhal baru sebulan tak berjumpa namun sembang bagai berpuluh tahun tak berjumpa. fantastik dunia perempuan!haha.
cerita air botol diguna bermain spirit oh spirit (tak pasti ayat penuh, namun ada sisipan perkataan ini)
kenyataan yang tak logik diguna. lumrah soalan biasa yang pasti timbul: siapa akan kahwin dahulu, siapa dapat suami kacak, siapa dapat suami kaya, siapa dapat suami soleh dll.   
hanya gurauan namun dimainkan dengan penuh emosi dan ketekunan. hahaha. andai belajar juga begitu sudah tiada sesalan keputusan peperiksaan semestar lepas.hahaha. memang derita si penulis.

Tuesday, February 14, 2012

Random Cerita

Pagi-pagi selalu update entry cerita tak bosan?entah as long as i want. sign up untuk memulakan blog memang senang tapi nak update entry  paling susah. sebab?


1. takda cerita menarik.
2. takda masa untuk menulis.
3. sign up blog dulu sebab ramai kawan yang ada blog.ish.aku pun kena ada juga.
4. nanti kalau takda orang komen macamana.


kata-kata hikmah aku: cerita apa yang kau rasa nak cerita, update entry bila ada masa (kalau thn depan baru nak buat entry takpa blog kau), kalau sebab kawan tutup akaun, apa peduli komen atau tidak blog hak milik sendiri.

sleep well~

Bermimpi buruk mainan syaitan kata ustaz. macamana nak membezakan buruk atau baik sesuatu mimpi. 
selalu bermimpi pula macamana.persoalan banyak tapi malas mencari jawapan. 

Monday, February 13, 2012

Follow Up!

Tak sangka kebelakangan ini sering membuka laman sesawang akademik universiti. kecoh di facebook mengenai keputusan peperiksaan masing-masing.
hish~ bila pula keputusan peperiksaan aku nak keluar.

Sunday, February 12, 2012

Hipokrit atau Hormat

sama huruf 'H' dihadapan namun berbeza makna dalam perkataan. sangat risau dalam salah faham. manusia suka adili dengan melihat sekali sahaja. minta-minta tak diingati. Tapi aku boleh?

Saturday, February 11, 2012

pergh!mata tak tahan

awal-awal pagi bangun tak pernah dibuat sepanjang cuti. memang kejutan sekarang. tengah menunggu kenderaan tiba.

Thursday, February 9, 2012

hari-hari berikut

Berikut merupakan dialog pekerja kedai dan pelanggan;-

pelanggan: saya nak hantar baju untuk iron.
pekerja: boleh (tersenyum income masuk lagi.hehe)
pelanggan: saya nak baju siap hari ini juga ya.
pekerja: boleh (sebab baju sepasang sahaja). tapi kena ambil sebelum pukul lima.
pelanggan: mana boleh. saya habis kerja pukul lima tak sempat dalam pukul lima lebih baru saya ambil. kedai tutup pukul lima disini dekat bandar baru sana sampai pukul enam, ada yang sampai malam. pot pet pot pet.
pekerja: (start to annoyed) tak boleh kedai memang tutup pukul lima. saya bagi nombor telefon kedai nanti saya buka kedai bila nak ambil baju.
pelanggan: (terdiam) nombor ini boleh pakai?
pekerja: (dalam hati: kalo tak boleh pakai buat apa aku bagi) mestilah ini nombor kedai.
pelanggan: baiklah nanti saya call.

at last, si pelanggan datang sebelum pukul lima. nasib si pekerja sudah siap baju awal-awal sebab tak ahan dengar mulut pelanggan yang macam landak berpeluru. fus fus fus. membara si pekedai tengok kerenah si pelanggan, 

Tuesday, February 7, 2012

maturity

read my old entry. it's funny. you should do it.

The Blogger Comment

Kisah blog-blog manusia yang pernah dijejaki. bukan sebab entry, bukan sebab jantina blogger, bukan sebab layout, bukan sebab design TETAPI kerana penulis komen yang aktif menabur pandangan positif dan negatif. pemahaman yang memberi persepsi mudah bagi diri "manusia memang begitu". 
kata mereka memang benar seperti penyataan syarikat-syarikat perniagaan 
"customer always right".
yeah!i'm wrong.hahaha

lelah kehidupan

"when you start to give up on your routine live, try to move on with something new"
sering terfikir tentang kreativiti pemikiran manusia. sangat bertuah manusia berfikir dari sudut yang berbeza.
tabik!! i'm jealous