Wednesday, March 28, 2012

cermin

"cermin diri kau sebelum tu"
"kau tak pernah tengok muka kau dekat cermin"
"cermin diri kau dari atas sampai bawah kalau nak kawan dengan aku"
"cermin diri sikit, kau tu siapa"


perkataan cermin dalam bahasa inggeris mirror.
refleksi berbalik diri sendiri. tidak pada orang lain menilai tapi persepsi diri sendiri yang ambil kira.
lemah tak bermaya pada kita namun belum tentu gagah perkasa pada dia.
memang benar harus muhasabah diri, namun semua perkara ambila kira situasi.
jangan serbu, kalau tak tahu. takut jatuh dari perahu. 

terbaik tapi tak sempurna

sedar sudah perjalanan hidup kian jauh dari angan-angan mat jenin.
masa berdetik pantas seiring usia manusia yang berbilang jari.
semasa kanak-kanak; tak sabar untuk membesar, mahu lihat dunia, mahu teroka semua.
semasa dewasa; tak sabar untuk meninggalkan realiti hidup yang menderita.
tatkala berfikir aku juga manusia.tersentap jiwa~

Tuesday, March 27, 2012

mind seek you

hard to define, but these day so hard. urghh.
learning is part of life which sometimes we hope its not.
human are insane with world.
criticism only bring human alone in despair of fate.

Monday, March 26, 2012

what goes around come around

Tajuk lagu ya, pengisian cerita tidak. Buat jahat dekat orang lain, Allah akan balas secara terus pada kita. unexpected situation got reversed.Bila kena batang hidung sendiri memang sentap samapi ke hati. oh!macam ini perasaan dia.kesilapan yang tak boleh nak salahkan orang lain, memang buat kita inferior terhadap diri.orang kata memang lumrah kan.marah lagi atau tidak ya?p/s: tunggu ada perubahan hari ini.

Friday, March 23, 2012

malam gemalam

Tahu. shit! happens. tapi bila kena baran, kena buat dekat orang tak sedar.serius manusia tak adil.

bahang teramat

Peluh mengalir deras tatkala sedar dari tidur. kepala menjadi semakin berat.Ya Allah, memang dugaan betul hari-hari yang berlalu.makin lingkup tatkala hormon perempuan tidak menunjuk perubahan positif.
pasti sudah minggu depan harus pulang.yes!

Tuesday, March 20, 2012

perasaan

Definisi bencitidak suka: ada orang yg ~ melihat kita aman damai dlm rumah tangga;berbenci-bencian saling membenci: perasaan bermusuh-musuhan dan ~;membenci benci akan, tidak menyukai: saya rasa saya ~nya lebih drpd saya menyukainya; benci-membenci saling menaruh perasaan benci terhadap satu sama lain: sikap ~ ini memang ditegah oleh Islam; apabila kasih telah terjalin, hilanglah rasa ~ antara satu sama lain; kebenci Mn ubat dll utk menjadikan benci: dicarikannya pekasih atau ~ kian kemari, dituntutnya ilmu sihir kpd dukun-dukun yg pandai;kebencian 1. perihal benci (rasa, sifat benci): lama-lama ~ itu hilang begitu saja; 2. sesuatu yg dibenci;pembenci 1. orang yg membenci; 2. sesuatu utk membuat orang benci: ubat ~.
Definisi meluat1. berasa hendak muntah, me­loya, meluah; 2. sangat benci, menyampah: dia ~ menengok kelakuan budak itu.
(rujukan daripada carian rujukan persuratan melayu)


Aku rasa pelik tapi malas nak ambil kisah dengan makhluk Allah ini. memang tak benci tapi kadang-kadang meluat.kalau kadang-kadang meluat boleh jadi suka tak?


Entah.yang pasti tak boleh layan sangat orang macam dia. Kalau dilayan makin menjadi. Kalau dibiar makin melarat.
p/s:hish.entahlah mereka sedar atau tak orang sekeliling tak suka.

Sunday, March 18, 2012

obvious sangat

susah orang nak terima kenyataan ya."aku masih sendiri". ayat yang buat rakan-rakan baik saudara-mara serta adik beradik sukar nak percaya.
entah muka aku macam kaki lelaki? tapi aku suka buat muka bajet bagus. ada orang suka ke?
jika aku lelaki pun aku tak layan perempuan bajet bagus.hish.kerek kot.
p/s: tak sabar tunggu jodoh pula.

Sunday, March 11, 2012

serius malu!

lepas mandi makan, lepas makan mandi. sudah jadi rutin pula. nampat tempat menarik untuk bergambar maut.huh.memang ketagih berjalan.
"awak, nanti kita tangkap gambar dekat tangga ya."
"tangga?"
"dekat situ"sambil tunjuk arah.
"awak, itu jambatan la"
sumpah, memang malu tahap cipan.
jadi bahan la aku seminggu dua ni.

Wednesday, March 7, 2012

kau kena maki!


Tahun 2008, hari girang untuk tidur di hujung minggu. untuk budak-budak, seronok dapat main dengan lama. untuk orang tua boleh luang masa dengan keluar. untuk budak asrama , apa lagi tidur la.
namun kegirangan diragut oleh panggilan telefon
trut..trut..trut..
telefon diangkat.
“weh, ko memang perempuan sial lah, tak tahu malu, menyibuk.apasal kau kacau hidup aku dan gf aku. bodoh!kalau berani meh datang jumpa aku. kalau aku jumpa kau, tahulah aku kerjakan.kenapa kau sibuk nak ganggu rumahtangga orang lain hah. memang perempuan macam kau ni sial lah.”
glup..
apa salah aku!
“weh, pehal ni. kau sape. tiba-tiba telefon maki aku. aku tak pernah kacau kau pun. aku tak kenal kau pun.”
“owh.yeke.sory lah salah orang pula”
huh!wtf!.aku tak boleh tidur lepas kena maki.

Sunday, March 4, 2012

3days in prison room

masih memegang rekod antara rakan-rakan yang lain, insan yang terperap dalam bilik. memang terbaik.
bangun  awal pagi solat subuh, kemudian terus melayan internet tak henti, bila bosan berhenti, pergi tidur, kemudian bangun semula membuat aktiviti yang sama hingga ke hari akhir cuti.
mesti membebel rakan-rakan lain."kau memang suka duduk terperap dalam bilik ye","apalah yang kau buat, tak bosan ke","entah kau nampak cahaya matahari ke tak terperap dalam bilik tu", "dia memang suka duduk dalam gua tu","betapa kau dalam bilik, makan apa"
bebelan yang bakal menghibur hati aku esok hari.
p/s:bersedia untuk menadah telinga.

Saturday, March 3, 2012

mars&venus

lelaki = pendiam, perempuan = bising
lelaki = tenang, perempuan = kelam kabut
lelaki = gatal, perempuan = setia
lelaki = suka gadget, perempuan = suka bersolek
lelaki = bertindak ikut fikiran, perempuan = bertindak ikut emosi

Perbezaan yang dicipta oleh manusia bertentang dengan realiti hari ini. kira zaman moden dan serba canggih sekarang ini, mahu semua perkara digunakan konsep samarata. sekecil-kecil isu hingga sebesar-besar isu perlu diiktiraf semula.
baiklah, perbandingan serta ayat diatas memang lari dari kandungan yang hendak dicerita. kadangkala aku marah sangat-sangat dengan perempuan yang beremosi terlebih tapi bila rasa marah muncul, aku mula positif semula pemikiran. dalam hati kata "mungkin aku tak alami lagi kot"

namun!aku muak dengan kata-kata yang sering diringi dengan pemikiran yang tak rasional mereka.

Aku tak kisah jika perempuan beremosi terlebih ini tak sedar silap mereka.sekurangnya mereka belum nampak apa sebenar dalam pemikiran mereka. Tapi yang paling bikin panas, bila insight sudah ada namun masih dengan perangai yang dahulu. kemudian minta pandangan dekat aku. wth? pasti yang lebih panas semua apa aku cakap "dipangkah-pangkah!!"(guna perkataan hiperbola nak tunjuk emosi aku pula)

(maaf, baik aku cool balik) memang manusia itu berbeza, namun dengan berbeza bukan bermaksud kita kena buat ikut kepala otak kita. walaupun ada orang kata "dunia ini kecil je" tapi yang hidup dekat dunia kecil ini beratus juta. maksud aku, bila kau nak orang fikir perasaan kau, cuba kau fikir semula perasaan orang lain juga. 
memang kadangkala kau rasa macam semua benda jadi dekat kau tak adil tapi kau kena ingat bukan semua perkara dekat dunia ini hak milik kau.

kdt pada; itslifenotes

"You are braver than you believe, stronger than you seem, smarter than you think, and loved more than you know"

"The only things that could ever stop you from achieving your goals are doubt and yourself"

"Don’t waste your tears crying over someone who doesn’t even deserve to see you smile"

"I am stronger because I know my weaknesses. I am wise because I know I've been foolish. I laugh because I've known sadness"

"A relationship with God is the most important relationship you can have. Embrace it every day"

Friday, March 2, 2012

i'm reading






two book has passed.owh.i'm really love it right now.that's not me but this what i want to become.