Monday, February 28, 2011

Jaga mata, Jaga hati, Jaga badan & Jaga minda

P erhatikan sekeliling kita apa yang dapat lihat. ada yang pelik ada yang benda sama sahaja. hari ini buat satu ujian utuk menggambarkan saya pada minggu lalu. nyata ingat diri ini sentiasa normal namun satu kejutan saya mengalami anxiety/ kegelisahan.

B etul atau tidak saya tak pasti namun simptom-simptom yang dikatakan memang bersesuaian dengan diri saya. jenuh fikirkan apa yang membuatkan saya gelisah dan resah.

P ening memikirkan tidak membawa apa-apa. kemungkinan menjadi seorang pelajar menjadikan saya tak dapat mengagak. mungkin personaliti yang suka berfikir membuatkan saya terhimpit dengan kenyataan dan khayalan.
M ahu bangkit namun mahu dicapai tangan siapa!! usah harap pada diri lain sedangkan mampu atasi.
arghhhhhhhhhh..pelik2.. 

Thursday, February 24, 2011

PILIH AKU! PILIH AKU!

Tajuk cerita nampak macam pelik. nak promosi diri ke? atau nak jadi terkenal? tak pun untuk kenaikan pangkat dalam agm nanti...jawapannya teeeeeeeeeeeeet!!!!!!!!!!!!!!! SALAH~
Cerita Pilihanraya Kampus. aku bangun agak lewat sebab letih malam semalam perjumpaan tak hilang. maklum lah tidur nak kena cukup 8 jam baru jadi warga remaja yang sihat. hehehe. kemudian bersiap-siap hendak pergi ke kelas pukul 2. sebelum pergi singgah bilik rakan, mereka buka cerita mengenai penat beratur tak tahu pilih siapa calon dan sebagainya.
DANG!!!! baru aku ingat HARI MENGUNDI!!!
dengan selamba aku cakap aku tak pergi mengundi lagi, kalau nak pergi pun rasa malas sebab nak dekat waktu kelas.
Apa lagi kena membebel aku dengan rakan-rakan. kata mereka "kita kena sokong budak2 kos kita, martabatkan nama kos_________ni."
ada yang kata "satu undi tu pun penting".
aku sengaja panaskan lagi hati mereka dengan ayat ni ". tapi aku tahun lepas pun tak mengundi". memang makin membara mereka mendengarnya.kata mereka
 "Ya Allah, teruk betul macam mana jadi warga u ni."hahaha~
Teruk betul ada warga universiti macam aku ni memang tak ambil peduli pasal pilihanraya sebab aku tak berminat dengan cerita kuasa-kuasa & pangkat sebab niat aku bukan untuk perkara-perkara macam itu sepanjang aku di universiti.
Bukan nak kata tak ambil peduli langsung,kalau tak aku tak sertai kelab-kelab yang ada dan siap boleh jadi s/u padal kerja tak seberapa juga.hehehe
akhir cerita, aku pergi mengundi dengan desakan-desakan rakan-rakan aku.
memang agak berangin juga hati aku dengar mereka membebel
tapi nak buat macam mana..
"KAWAN PUNYA PASAL"

Thursday, February 17, 2011

iT's mY mi$TaKe

Baik dan buruk, manis dan pahit pengalaman berlaku.
kritikan demi kritikan diri dilemparkan pada diri ini.
'saya tak faham awak' sedangkan diri sendiri lagi kecelaruan.
bagus sekiranya boleh guna google translate untuk masalah diri ini..






















Nanti timbul pula nanti masalah lain pula, jika semua tertumpu nanti line internet makin sesak.
masalah jiwa atau mental timbul sebab line pula.ish33x
mahu kasihan pada diri, namun perasaan merana pula makin timbul.

Wednesday, February 16, 2011

Lama tak tukar cerita baru, datang perpustakaan hari ini untuk menunaikan hasrat..macam-macam perkara yang terjadi termasuk juga kisah semalam..hahaha..
minggu lepas...miza, aini, mimi, rusy dan saya pergi ke kelas en.Lah mewakili rakan-rakan yang lain kerana masing-masing berniat untuk memonteng. jadi kami selaku pelajar yang baik memang tak sanggup nak ponteng maklumlah tak berani sebenarnya..hehe..namun setelah pulang dari kelas, masing-masing teruja dengan persekitaran pusat kesihatan pada malam itu yang sangat menyerlah. kasihan pada mimi kerana handfone kameranya menjadi kerakusan kami untuk bergambar.sorry mimi...:
mintak tolong veca dan rupa yang lalu bersama kami..hehe

bergaya kami..lalala

snap!!

kami seronok!!

Hujung minggu lepas pergi satu seminar di Kuala Lumpur, memang letih sebab sehari suntuk duduk dekat tempat yang sama tak mandi dan tak tukar baju. sangat seronok?? boleh tahan tapi keadaan yang tidak cukup tidur membuatkan penumpuan saya sering lari, jadi asyik terlentok samapi 360 darjah. ini gambar yang ada pada saya sebab semua guna kamera orang lain maklumlah orang tengah belajar kemiskinan masih ada.
gambar nErD..keke..

time menuju ke bas

saya snap pic untuk orang, orang snap pic saya..like99x
Habis kisah minggu lepas, masuk minggu baru sambutan maulidur rasul semalam bersamaan 11 rabiul awal 1432H. sangat menarik kami rakan-rakan berkumpul pada waktu malam untuk sama-sama menjamu selera masakan gadis sarawak, disamping berbual-bual mesra mengenai cerita masing-masing.
Namun kasihan tiada gambar yang dapat diambil kerana ia adalah PRIVATE..kekeke


Tuesday, February 8, 2011

kHusyuK + saKit KePaLa

Bukan rajin tapi datang perpustakaan baru idea datang mencurah-curah sampai ke ladang gandum. cuma tak jadi kokocruch tapi tugasan pensyarah yang disayangi berjalan lancar.
kepala pula nak hampir pecah, meja pun serabut penuh dengan buku-buku yang banyak (padahal tak guna pun, lagak lebih).

Menatap laptop memang sakit kepala nak sembang partner pun lari ada kerja katanya. it's ok~
semoga sempat siap tugasan mangkuk ayun ni. memang penat tahap gaban@ cipan @mentibang @kutu rayau@dll (banyak sangat samapi tak terungkap dah)

Belakang gangguan juga, aksi kekasih konon belajar sama tapi berdating pula. ketawa manja-manja pula. dapat idea then hilang lepas dengar diorang ketawa manja-manja. (gerenti menyampah)..
nak halau perpustakaan belum tukar hak milik bapa sendiri lagi.

Saturday, February 5, 2011

taK BiJaK!!

$emalam tengok semula sijil-sijil dari sekolah rendah sampai masuk universiti. memang kelakar.
saya tak bijak, saya juga tak aktif, saya tak cantik, saya tak kelakar tapi saya normal..hahaha
memang pelik sebab cakap benda ni.
tapi saya rasa perjalanan saya sebagai seorang pelajar tetap dapat diteruskan walau dengan kelemahan-kelemahan yang ada dalam diri.
ayah saya cakap biar kita naik dengan pelahan tapi sentiasa menaik daripada naik dengan cepat kemudian sampai puncak terus menurun. hmmm, lagi kesian..ish3x..
tak payah risau orang cakap anda bodoh, lembab macam kura-kura asalkan anda ada keazaman yang tinggi dan usaha untuk capai apa yang dihajati.