Sunday, March 27, 2011

日本での休日 ( Holiday at Japan)

Rancak bercerita mengenai keinginan dan impian masing-masing. Lupa pada keesokan ada ujian yang menanti. Punca timbul isu tersebut masih tidak dapat dikenalpasti. Yang pasti memang lari dari tajuk asal. hahaha..

Rakan seperjuangan juga seronok mengikuti topik perbualan kerana impian beliau ingin menjejakkan kaki ke korea suatu hari nanti. Mungkin pengaruh cerita atau drama-drama dari negara sana. Ingin merasai keadaan/ situasi/ cuaca/ pergaulan/ gaya hidup dan macam-macam lagi.
Kyoto, Japan
Toji Temple, Kyoto



Memang tinggi impian sampai tak tahu bila dapat dicapai. hahaha.

Apa-apapun selamat bercuti ke jepun dalam mimpi-mimpi indah seharian!!!

Sunday, March 20, 2011

ABSENT

$aya bertekad untuk tidak pergi ke kelas pada petang hari ini. gara-gara verbatim yang belum lagi dapat disiapkan dengan sempurna. alangkah terkejutnya apabila rakan-rakan mengatakan bahawa tugasan tersebut dilanjutkan sehingga minggu depan. pergh!!!!!!!!!!!!!! MEMBARA HATI INI.


Ingatkan tak hadir kelas hari ini berbaloi, namun tuhan nak uji bahawa perlakuan tersebut salah. Akhirnya saya telah kosongkan markah ujian saya dan tak memperolehi walau sekelumit ilmu.
Memang sekarang kalau kita buat silap, semua balasan diberi tunai kepada kita.

Menyesal! tidak  namun kecewa dengan diri yang tak mampu uruskan diri sendiri.
padan muka sahaja yang dapat diberi.
Walaupun begitu, malam ini saya dapat online sepenuhnya setelah dua minggu tak dapat meluahkan rasa dalam blog.hehehe~

berbaloi ke atau tak. hahaha. terpulang pada andaian masing-masing.
ulangkaji untuk ujian pada hari rabu ini. BERUSAHA!!!!!
Entah dapat jawab atau tidak. takut jadi macam ni:

Wednesday, March 2, 2011

sTalker

Rajin baca blog orang memang seronok banyak cerita yang kadang-kadang tak dijangka. bukan untuk dinilai cuma sekadar pengetahuan umum. kelakar, kesian, sedih, tak masuk akal dll. saya rajin membaca blog mereka namun saya tidak suka meletakkan 'KOMEN'. kenapa? kadangkala bukan semua orang boleh menerima apa yang diceritakan untuk dinilai. 
disini diukir kata-kata hati individu yang mempunyai pelbagai ragam, personaliti, tingkahlaku dll.
adakah anda macam ini?hehe
Penyataan yang menyakinkan lagi "manusia itu semua unik" tak ada yang sama hingga cap ibu jari juga berlainan bagi berjuta2 manusia yang wujud di muka bumi ini.
jangan terapkan nilai diri pada semua situasi kerana bukan semua perkara yang kita hadapi adalah sama.
yakin pada diri, tahu apa yang diingini, kenali diri sendiri lebih baik kerana diri kita kita adalah penentu masa depan.
Hidup bukan selama jadi amal apa yang baik, tinggal apa yang buruk.
walau rakan-rakan blog rasa saya kurang komen' jangan risau saya tetap mengikuti perkembangan=)