Wednesday, March 2, 2011

sTalker

Rajin baca blog orang memang seronok banyak cerita yang kadang-kadang tak dijangka. bukan untuk dinilai cuma sekadar pengetahuan umum. kelakar, kesian, sedih, tak masuk akal dll. saya rajin membaca blog mereka namun saya tidak suka meletakkan 'KOMEN'. kenapa? kadangkala bukan semua orang boleh menerima apa yang diceritakan untuk dinilai. 
disini diukir kata-kata hati individu yang mempunyai pelbagai ragam, personaliti, tingkahlaku dll.
adakah anda macam ini?hehe
Penyataan yang menyakinkan lagi "manusia itu semua unik" tak ada yang sama hingga cap ibu jari juga berlainan bagi berjuta2 manusia yang wujud di muka bumi ini.
jangan terapkan nilai diri pada semua situasi kerana bukan semua perkara yang kita hadapi adalah sama.
yakin pada diri, tahu apa yang diingini, kenali diri sendiri lebih baik kerana diri kita kita adalah penentu masa depan.
Hidup bukan selama jadi amal apa yang baik, tinggal apa yang buruk.
walau rakan-rakan blog rasa saya kurang komen' jangan risau saya tetap mengikuti perkembangan=)

No comments:

Post a Comment