Cerita Pilihanraya Kampus. aku bangun agak lewat sebab letih malam semalam perjumpaan tak hilang. maklum lah tidur nak kena cukup 8 jam baru jadi warga remaja yang sihat. hehehe. kemudian bersiap-siap hendak pergi ke kelas pukul 2. sebelum pergi singgah bilik rakan, mereka buka cerita mengenai penat beratur tak tahu pilih siapa calon dan sebagainya.
DANG!!!! baru aku ingat
dengan selamba aku cakap aku tak pergi mengundi lagi, kalau nak pergi pun rasa malas sebab nak dekat waktu kelas.
Apa lagi kena membebel aku dengan rakan-rakan. kata mereka "kita kena sokong budak2 kos kita, martabatkan nama kos_________ni."
ada yang kata "satu undi tu pun penting".
aku sengaja panaskan lagi hati mereka dengan ayat ni ". tapi aku tahun lepas pun tak mengundi". memang makin membara mereka mendengarnya.kata mereka
"Ya Allah, teruk betul macam mana jadi warga u ni."hahaha~
Teruk betul ada warga universiti macam aku ni memang tak ambil peduli pasal pilihanraya sebab aku tak berminat dengan cerita kuasa-kuasa & pangkat sebab niat aku bukan untuk perkara-perkara macam itu sepanjang aku di universiti. Bukan nak kata tak ambil peduli langsung,kalau tak aku tak sertai kelab-kelab yang ada dan siap boleh jadi s/u padal kerja tak seberapa juga.hehehe
akhir cerita, aku pergi mengundi dengan desakan-desakan rakan-rakan aku.
memang agak berangin juga hati aku dengar mereka membebel
tapi nak buat macam mana..
"KAWAN PUNYA PASAL"
No comments:
Post a Comment