Monday, February 18, 2013

Jajahan Minda Manusia

Hari isnin memang hari malas, baik bekerja mahupun belajar. semua sama. Alhamdullilah sudah dua minggu pembelajaran sebagai pelajar praktikal. Resah hingga kini memang belum hilang bila masih kekurangan dalam melengkapkan jam kerja. Pemikiran masih lagi melayang untuk meneroka lagi idea-idea yang pernah tersumbat dalam otak. Hubungan dengan orang memang dijaga tapi hubungan dengan kerja yang tak terjaga. Kesunyian dalam taipan jari jemari kian terasa. Terfikir samada ada penamat kisah dalam situasi ini, semoga yang mudah itu dekat selalu.

Kesibukan mencari kerja sangat sukar, berinteraksi itu mudah bukan. Masih ada satu jam 45 minit penantian sementara menanti rehat. Bukan rehat yang dikejar namun demi menghakis kekejangan minda perlu ada haba untuk berehat. Jauh sungguh kejayaan, lemah minda memburu dorongan untuk tegak berdiri sendiri.

Jalan yang benar, belum dicapai harus dicapai dengan cara yang benar.

No comments:

Post a Comment