Pernah tak anda semua terfikir kenapa orang yang marah sering menjerit-jerit atau dengan nada suara tinggi walhal orang yang dimarahi berada dihadapannya. Memang pelik!! tak perlu rasanya memarahi dengan nada yang tinggi kerana sudah pasti mereka mendengarnya walaupun dengan nada yang biasa. Bukan orang yang dimarahi tersebut pekak atau mengalami masalah pendengaran bukan? mereka normal (lainlah jika mereka mengalami masalah yang disebut memang terkecuali..hehe)
Info yang saya perolehi dalam satu majalah di tempat saya bekerja. Sebenarnya apabila orang yang sedang marah hati mereka berada jauh antara satu sama lain jadi mereka berusaha untuk mengurangkan jarak antara hati mereka dengan suara yang tinggi.
Berlainan pula dengan orang yang berkasih sayang, mereka sering bercakap dengan nada berbisik dan penuh dengan kelembutan. Ketika ini, hati antara mereka sudah dekat jadi tidak perlu bersuara dengan nada yang tinggi bukan?
Jika difikir logik juga info ini, kerana wujud kata bahawa marah tandanya sayang. Jadi jangan rasa kecil hati atau merajuk jika dimarahi mungkin ada sebab mengapa kita dimarahi demi kebaikan diri kita.
No comments:
Post a Comment