Permintaan untuk menghantar kawan aku ke stesen bas dipenuhi.aku memang baik (perasan sebentar). "naik apa nak pergi?" "sewa kereta la" "oh, kereta apa?" "manual la" gulp!! parah aku sudah fikir mana tempat gear kereta. manual memang aku lambat nak tangkap. "awak boleh kan?" "boleh, saya cuba"
sampai bandar:
cari parking nak pergi makan Mcd.hahaha.gembira tak terkata maklum kempunan sudah dipenuhi. habis makan.pang!! (tamparan dalam hati). dua saman!! aduh.pening kepala.
sampai stesen bas:
sudah aku turunkan kawan aku, tiba-tiba ada kereta dari arah belakang, jadi cepat-cepat aku tukar seat dan cuba nak pandu. mungkin debaran yang terasa buat aku susah nak tukar gear. bila part nak ke gear dua mesti tak lepas."ish, sudah..takpa cuba dulu" (dalam hati).
keluar simpang. fulamak!!aku memang buat-buat hero. main suka-suka jalan padahal ada kereta laju , apa lagi kena hon. berganda tahap debaran. "takpa relaks-relaks". lepas trafficlight......
booom!!!!!! (tahap gugup aku sudah klimaks dan tak dapat diselamatkan). "akak, tolong drive pula la, saya dah tak boleh." bergegas tukar seat sampai tak sedar beg duit aku hilang masa itu.
jauh dari bandar:
"alamak, beg duit tak jumpa". patah semula ke bandar.dalam keadaan hujan yang renyai, pencarian beg duit diteruskan. memang tak jumpa terus ke balai.
pertama kali ke balai. huh. gugup-gugup.kesian kawan-kawan aku yang teman.
moral: asah skill manual baru cakap dengan confident nak tolong bawa. padan muka aku.
sehari selepas kejadian:
petang hari. "hello, boleh saya cakap dengan cik..........?" "ya, saya" "saya dari.....(aku tak dengar)" "hah?dari mana?" "saya dari pejabat.....(aku tak dengar lagi)" "apa?" "saya dari pejabat pos...." "oh, maaf ya kenapa?" "kami ada terjumpa beg duit cik dalam tong surat kami" .
serius, aku bersyukur sangat, walaupun duit dalam dah lesap at least aku tak kena buat lesen dan i/c semula.
No comments:
Post a Comment