Tuesday, July 5, 2011

SHORTHAIR

rimas!rimas!rimas!hari-hari asyik merunggut rambut yang panjang. sudah bekerja di kedai asyik berpeluh bagai hujan yang turun..lenjun satu badan!!!
kental hari isnin nak pergi kedai gunting rambut. namun hasrat terkubur sebab tukang gunting sudah balik rumah. hajat nak bagi untung tuan kedai gunting rambut tak kesampaian.
namun usaha tangga kejayaan. dengan kesabaran yang tinggi pergi semula ke kedai gunting keesokan hari. Alhamdullilah...nasib menyebelahi.(padahal sudah telefon tuan kedai awal-awal..siap bagi warning jangan tutup awal!)
akhirnya!!!rambut sudah pendek..hahah..(riang sangat walhal menangis dalam hati sayang rambut panjang!,huhuhu)
pandai tuan kedai sedap hati pelanggan cakap bila potong rambut macam barbie doll konon..tak apa janji sekarang riang hati sebab dapat tunai hasrat..

Saturday, July 2, 2011

Piggy Bank

Gaji dua bulan sudah dapat padahal kerja tak cukup dua bulan pun. Akhirnya bertambah jua digit nombor dalam akaun. hahaha. girang gembira dalam hati. Banyak hajat yang nak dikecapi. fuh~ dalam kepala sudah di catu-catu wang untuk kehendak diri sendiri.impian pertama sudah pasti memperolehi external baru sebab sudah ketandusan ruang dalam laptop untuk cerita-cerita baru.

malam ini saat untuk berjoli, harus mengingatkan diri untuk membayar hutang lama. tapi kena bayar separuh dulu. hehehe.
minggu depan ke kedai gunting menggunting rambut yang semakin rosak. lagipun ingin mencuba service baru pula.

Thursday, June 9, 2011

DetermiNation of LosinG weighT

Ada 5 sebab mengapa kita(perempuan/lelaki) harus turunkan berat badan:
  1. Tempuhi kehidupan dengan penuh kegembiraan 
Dalam dunia yang sempurna, berat badan memang tidak memainkan peranan yang penting. namun apabila kita berhadapan dengan masalah lebih berat badan, dunia menjadi tunggang terbalik. Kata Dr. John Marsden pengarang buku Live Well, Be Healthy " Berdepan dengan masalah obesiti membuatkan timbul perasaan negatif dalam diri sendiri.
 2. Tidur lebih nyenyak
Jika mahu tidur dengan nyenyak, tiba masanya kita menurunkan berat badan. kajian universiti Monash, Melbourne, Australia mendapati gangguan tidur yang berkait dengan masalah obesiti hilang dengan penurunan berat badan.
 3. Kurang mengalami kemurungan
Senaman dan berpeluh akan membuatkan pengaliran darah ke otak meningkat serta mengeluarkan bahan kimia yang menaikkan mood iaitu serotonin. kata kaunselor dan jurulatih, Helen Hawkes "lebih kerap anda bersenam, anda berasa lebih baik.
         4. Semakin bijak
Penukaran amalan permakanan daripada makanan yang tinggi dengan gula kepada sayur-sayuran dapat membantu melawan penyakit disamping meningkatkan daya pemikiran.
5. Jangka hayat lebih panjang
Kurangkan sedikit lemak pada tubuh,oleh mengurangkan risiko penyakit diabetes, strok atau kanser. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Institut Kesihatan dan Kebajikan Australia.


Amacam? apa lagi jom bersenam beramai-ramai. walaupun aku tak suka bersenam sekurangnya bekerja supaya ada peluh yang keluar. hahaha. Sebenarnya ada 11 sebab tapi aku pilih lima yang paling bermakna. hehe=P

Wednesday, June 8, 2011

frustrated and tired

Using all kind of templete did'nt give me good result..
owh..why??
it's already 1 week i try to put image on my header. it does'nt worked.
my head are tired and my mind goes blank~
is there anyone can help me!!!

jealousy came to me when i saw other blog.arghhh!!!!!!!!
How they make the blog very cool and wonderful???
dang..dang..dang...
owh!!!

Tuesday, June 7, 2011

PersoaLan yG terJawaB

Pernah tak anda semua terfikir kenapa orang yang marah sering menjerit-jerit atau dengan nada suara tinggi walhal orang yang dimarahi berada dihadapannya. Memang pelik!! tak perlu rasanya memarahi dengan nada yang tinggi kerana sudah pasti mereka mendengarnya walaupun dengan nada yang biasa. Bukan orang yang dimarahi tersebut pekak atau mengalami masalah pendengaran bukan? mereka normal (lainlah jika mereka mengalami masalah yang disebut memang terkecuali..hehe)
Info yang saya perolehi dalam satu majalah di tempat saya bekerja. Sebenarnya apabila orang yang sedang marah hati mereka berada jauh antara satu sama lain jadi mereka berusaha untuk mengurangkan jarak antara hati mereka dengan suara yang tinggi.
Berlainan pula dengan orang yang berkasih sayang, mereka sering bercakap dengan nada berbisik dan penuh dengan kelembutan. Ketika ini, hati antara mereka sudah dekat jadi tidak perlu bersuara dengan nada yang tinggi bukan?
Jika difikir logik juga info ini, kerana wujud kata bahawa marah tandanya sayang. Jadi jangan rasa kecil hati atau merajuk jika dimarahi mungkin ada sebab mengapa kita dimarahi demi kebaikan diri kita.