bangun awal pagi semata-mata nak tengok senarai nama untuk ambil exam mid-term academic writing dan exam itu bermula pada pagi ini jam 830 pagi. Saya dalam keadaan selekeh dan mengantuk menuju ke bilik pensyarah untuk melihat senarai nama tersebut. Perjalanan yang terpaksa saya tempuhi bermula dari asrama, pusat kesihatan, dsm, perpustakaan dan bangunan pensyarah maritim.
mood: cannot recognize!!! |
cuba bayangkan keletihan semalam yang masih lagi menguasai diri menyebabkan saya rasa hendak menghentak kepala apabila tiba di dewan peperiksaan. Penyebab utama adalah exam saya dijalankan di dsm, saya terpaksa patah balik untuk ke dsm semula. Saya tidak dapat tahu apa yang bermain dalam minda saya semasa menjawab exam tadi. Saya menjawab dengan gaya seperti orang yang berkeyakinan padahal jiwa saya memberontak untuk mengoyakkan kertas soalan yang diberikan...exam....oh exam...
Keadaan bertambah baik apabila selesai exam saya berasa sedikit selesa namun keletihan tidak cukup tidur masih terasa. Saya ingat mahu mengajak rakan melakukan aktiviti lepak santai namun hajat tidak kesampaian kerana mereka masih lagi dalam mood 'sleepy'. Jadi saya dan rakan terus pulang untuk meneruskan aktiviti melelapkan mata.,,,,,,,
p/s: gara-gara tekanan exam saya membuat ayat skema dalam blog ini.
No comments:
Post a Comment