Kelas Dr.Ruhani bermula pada jam 3petang. Walaupun saya tidak berpuasa pada hari ini, namun saya berasa sangat letih dan kelaparan mungkin disebabkan kelas yang berpanjangan seawal 8pagi. satu rekod baru dalam kelas Dr.Ruhani, kami mengambil masa 1jam setengah untuk menghabiskan 1 kolum nota slide.
Ketika ini, penekanan secara mendalam dilakukan oleh Dr.Ruhani mengenai pentinya nilai dalam diri seseorang terutamanya kami semua sebagai pelajar kaunseling. Semasa didalam kelas beliau saya terfikir
"adakah saya benar-benar bersedia dan layak untuk menjadi kaunselor???"
Beliau mengatakan bahawa amat mudah untuk lakukan 3 nilai utama kaunselor tersebut namun agak sukar untuk menyatakannya secara lisan. Saya amat bersetuju dengan kata-kata beliau. Dalam keadaan letih sedemikian, saya tetap memberikan tumpuan atas apa yang diajarkan. Pengajaran yang dilaksanakan oleh beliau sangat memberi kesan yang mendalam diri saya kerana dari nilai dalam diri membuatkan saya mengetahui kelebihan dan kelemahan saya.
bolehnya mahir.:))
ReplyDeletepakar keunselor cinta.haha.:P
follow blog aku gaks.;)
thanx dear~
ReplyDeletei already did it...^^