Hari ini makmal dijalankan tapi saya dan pija hadir lewat atas sebab terlebih tidur. Nasib baik bukan saya dan pija sahaja yang paling lewat huhuhu. Makmal bermula pada jam 9pagi sehingga jam 10.45pagi setelah tamat saya dan pija pulang ke asrama untuk menyambung kembali rehat kami yang tergendala.
Kelas pn.Siti pada jam 3 petang, perasaan ketika itu sangat malas walaupun pagi tadi saya bersahur namun keletihan menimpa saya menjadi-jadi. Pn.siti bertanya kepada kami satu kelas "adakah awak semua letih?"
sudah pasti kami menjawab ya dalam bulan puasa memang ini dugaan utama. Saya tertanya-tanya apa kaitan soalannya dengan kelas ini.
Kemudian beliau membuka cerita mengenai ketidakpuasan hati beliau terhadap beberapa pelajar kelas lain yang diajarnya. Saya tak faham mengapa perlu diceritakan kepada kami tanda persoalan bermain di fikiran saya. Rupa-rupanya beliau ingin menekankan nilai dalam diri kami supaya lebih menghormati orang lain dan juga keadaan bersesuaian dengan kerjaya kami pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment