Saturday, August 21, 2010

BUKA PUASA~


Hari ini janji temu untuk berbuka puasa di mt bersama dengan ahli krb. Pada mulanya, saya tidak bersemangat hendak pergi namun memandangkan kawan saya sangat beria hendak pergi jadi saya turutkan sahaja. Sepatutnya kami bertolak pada jam 4 petang. Namun rakan saya mengalami dilema samada hendak berbuka di mt ataupun menjaga gerai di bazar. Saya memujuk dia supaya turut serta bersama saya berbuka dan meminta dia mencari orang untuk menggantinya dan ternyata pengaruh saya terhadap dia sangat kuat.

Kami bertolak pada jam 430petang dan setibanya di mt kami tidak tahu apa yang perlu di lakukan jadi kami terus membuat air untuk berbuka nanti. Saya rasa sangat gembira kerana berpeluang untuk makan bersama dengan semua ahli kelab disebabkan sebelum ini kami jarang bersua, semua membawa haluan masing-masing. 
Perasaan gembira kerana dapat menikmati juadah yang di masak oleh abg gg, abg man dan rakan yang lain. Tambahan pula, kehadiran adik-adik saya yang membuatkan suasana bertambah riang dan gembira. Selesai makan pada jam 830malam saya, rakan-rakan dan adik-adik saya pulang ke asrama. Kami tidak terus pulang ke asrama, kami pergi ke kedai makan diluar asrama untuk minum beramai-ramai. Kami bersembang dengan rancak, walaupun  ketika itu saya merasakan diri saya tidak terurus kerana keletihan berjalan dari mt ke asrama namun saya tetap kuatkan diri saya.
Kami pulang ke bilik masing-masing pada jam 10 malam. Tiba dalam bilik saya teringat blog untuk bercerita tentang aktivit yang saya jalankan ini.
p/s: dalam keadaan keletihan saya memang begini menggunakan ayat skema.

2 comments: